Friday, August 27, 2010

sedihnye cermin kamera handphone aku rosak...:(
gambar kabur...nak kena repair...sedihnyer.....

Thursday, August 26, 2010

sakit la kaki ni,....penat agaknyer kemas rumah td..sebelum ni tk mcm ni...
tp sejak bulan puasa ni aku naik motor ualng alik kerja ...agaknyer tu yang letih sgt tu...
kdg2 tu kalau terlampau penat,kadang2 sampai demam aku dibuatnyer...

STYLE TUDUNG TERKINI....


ni style tudung aku skrg ni...hheheh...
comel tk aku?????????????????

ROH DI BULAN RAMADHAN

Tadi Seperti biasa sampai je ofis aku terus ke bilik kecik kat ofis aku tu untuk makeup...tapi tengok - tengok ada orang pulak dalam bilik tu...bilik tu sebenarnyer di panggil surau oleh semua staf di unit aku...aku pun balik la dulu ke tempat aku...lebioh kurang pkul 8 lebih aku pergi kat bilik tu balik...ada lagi ...nampk selipar yang ada di luar..serba salah aku nak ke tidak...last-last aku pun ketuk pintu bilik tersebut...cik yah rupanya...
selepas cik yah keluar aku pun terus masuk...yela dah pukul 8 suku tapi masih tak makeup-makeup lagi...hari ni aku pakai selendang...pada aku , aku lebih selesa pakai selendang sebab selendang nipis...lagipun bergaya la sikit ...:)...

selesai je makeup aku terus ke tempat...seperti biasa aku bukak internet...tambah la sekarang ni aku tengah gila upgade blog aku...lepas dah puas bukak blog sambil-sambil baca berita dari metro,kosmo...aku pun bukak email rasmi aku...eoffice...jkr punye...banyak plk email...dah lama aku tak dapat email-email...tk tahu mane satu nak baca dulu..heheheh...

ader satu tajuk yang aku rasa terdetik kat hati aku...`Roh Di Bulan Ramadhan'.
aku klik ,klik , klik lagi...seperti dibawah

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.


Aku tak tahu nak mula dari mana....ye baru aku tahu tula antara sebab mengapa tahun ni yang merupakan tahun pertama aku bergelar isteri zul...dan aku beria-beria sangat nak beraya di kampung aku...temerloh...sebab pada aku tak mahu mak aku akan lebih sedih...
aku adalah anak ke 3 dari 9 adik beradik + yang dah meninggal...3 daripada adik beradik aku dah meninggal..sekarang yang tinggal hanya 6 orang...yang pertama kembali ke rahmatullah ialah adik aku ..Mohd Romzi namanya.iaitu pada tahun 1987...masa tu aku kecik lagi..adik aku pergi disebabkan penyakit demam..tk tahu demam ape...Yang kedua ialah abang aku...iaitu anak yang pertama dalam adik beradik aku...Abang aku bernama Mohd Rosdi...abang aku meninggal pada tahun 2004...6tahun lepas...sekejap je kan dah 6 tahun abang aku pergi meninggal kan kami..masa tu umur abang aku baru menjangkau awal 24 tahun..baru 3 bulan bekerja...yang ke 3 ialah adik aku...bawah aku...mohd Faisul...sedihnye bile ingat balik...tkpela...yang pergi tetap pergi...kite yang hidup ni banyakkan la berdoa untuk mereka...

Wednesday, August 25, 2010

Lega..:)

Ha puas aku cube....dapat jgk aku advan kan blog aku ni....
baru best dapat link dgn blog kak zu,su,payid dan semua...
puas cuba...2 hari aku cube ...baru hari ni boleh..:)....