Monday, November 30, 2009

hari ini aku berseorang kat pejabat.kak waty....
hari ini adalah hari pertama aku berkerja setelah cuti berhari raya selama 4hari..

sepanjang tempoh bercuti bermacam-macam perkara berlaku..
sejak akhir-akhir banyak perkara berlaku dalam keluarga aku.aku tahu aku kena terima dengan hati yang tabah.aku tahu dalam keadaan sebegini keluarga aku amat memerlukan aku.

pada ahad 22/11/09 aku menerima panggilan daripada ayah ku mengatakan adik lelaki aku dik am di tahan polis dan telah dibawa ke lokap.walaupun terkejut tetapi aku masih boleh tenang lagi..aku beritahu ayahku bahawa aku akan pulang ke kampung pada petang hari selasa 24/11/09.sterusnya pada malam tersebut aku telah membuat panggilan kepada ibu ku.bukan aku sengaja melambat2 kan .tp kan rumah aku line telefon tak clear.

aku terkejut ibu ku memaklumkan bahawa dia belum menjenguk adik aku lagi.ibu ku tk tahu bagaimana keadaan adik am aku.ibuku juga memaklumkan org kampng berpakat .mereka akan cuba melepaskan adik aku.aku terlalu kesian pada ibuku.aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung pada awal2 pagi...

sebenarnya aku terlalu penat untuk memikirkan masalah ini.sekian

No comments: